Tentang Kami
KELAB REMAJA ISLAM SAGENG Sebenarnya telah ditubuhkan pada 25 Julai 2002 dan telah mula mengerakkan kelab kepada beberapa aktiviti yang menyumbang kepada keharmonian kampung dan membantuk akhlak dan aqidah yang utuh ahlinya. Tanpa dana yang besar kelab ini beroperasi dengan sokongan JKKK dan Ketua Kampung Jeraie Bin Bujang, Pengerusi Surau Sageng En.Morshidi merangkap imam dan penasihat ketika itu. Bermulanya penghijrahan AJK Kelab ke beberapa buah negeri bagi menuntut ilmu telah menyebabkan beberapa peranan KRIS semakin kabur dalam masyarakat Kampung Sageng. Pada awal tahun 2012 ini, mantan pengerusi KRIS ingin menubuhkan semula kelab ini dan menjejaki tulang belakang AJK Kelab bagi mewujudkan semula suasan agama supaya membentuk remaja masa kini menjadi masyarakat yang lebih dynamik dalam segala aspek serta mengutuhkan akhlak dan peribadi remaja islam terutamanya di Kampung Sageng.
Subscribe to:
Comments (Atom)